Sejarah Penubuhan[1] Persatuan_Zapin_Muar_Johor

Idea asal untuk menubuhkan sebuah persatuan yang memelihara zapin di daerah Muar telah dicetuskan dan dibincangkan sekian lama oleh Encik Salimi Mohd Shah (Pengasas Kumpulan Muzik Zapin Kencana Sari & Pengerusi PERZIM-2022-kini) bersama-sama dengan Encik Mohd. Iskandar Shah bin Abdullah (Pengerusi AJK Penaja PERZIM & Timbalan Pengerusi PERZIM-2022-kini). Sungguhpun begitu, idea tersebut dipendamkan dan tiada tindakan susulan dibuat berikutan pelbagai kekangan termasuk jumlah ahli yang belum mencukupi untuk membentuk sebuah persatuan.[1]


Pada 20 Mei 2022, Encik Hafzan Zannie bin Hamza (Penasihat merangkap Bendahari PERZIM-2022-kini) telah menyampaikan idea beliau untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dipanggil "Persatuan Zapin Muar" kepada Mohd. Iskandar Shah bin Abdullah setelah menonton Program Pesta Bulan Mengambang anjuran Persatuan Jawa Parit Bugis Muar (PJPBM) di Parit Bugis, Muar Johor. Cetusan idea ini telah dibincangkan secara lanjut oleh Saudara Iskandar bersama-sama dengan Encik Salimi Mohd Shah dan Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor (pengkaji zapin) untuk mendapatkan pandangan dan saranan mereka. Setelah itu, Iskandar memberanikan diri menggalas tanggungjawab untuk mengumpulkan individu yang berminat dan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PERZIM.[1]

Gambar AJK Penaja PERZIM


Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PERZIM telah dianjurkan pada 29 Mei 2022, 8.30 malam, bertempat di Homestay Masnom binti Haron, Parit Nombor 4, Jalan Parit Yusof, Muar, Johor. Seramai 19 orang ahli mesyuarat yang hadir telah bersepakat untuk menubuhkan dan mendaftarkan persatuan, meluluskan perlembagaan (secara dasar), dan seterusnya melantik AJK Penaja PERZIM untuk tujuan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S). Selain itu, mesyuarat turut bersetuju melantik Saudara Hafzan Zannie bin Hamza  sebagai penasihat untuk membimbing AJK Penaja dalam urusan pendaftaran pertubuhan. AJK Penaja PERZIM yang telah dilantik adalah:

  1. Pengerusi - ENCIK MOHD ISKANDAR SHAH BIN ABDULLAH
  2. Timbalan Pengerusi - ENCIK MUHAMAD HAIZAL BIN SUPIAN
  3. Setiausaha - PUAN WAN SHAFAZILA BTE WAN ARIFIN
  4. Penolong Setiausaha - PUAN NUR IRWANI BINTI ABIDIN
  5. Bendahari - ENCIK MOHD ZAMRI BIN KANDOR
  6. AJK Biasa - ENCIK ZAINUDDIN BIN JUMINGAN
  7. AJK Biasa - ENCIK WAN ARIFIN BIN SABRAN

Rujukan

WikiPedia: Persatuan_Zapin_Muar_Johor https://persatuanzapinmuar.wixsite.com/persatuan-z... https://www.youtube.com/@PersatuanZapinMuarJohor https://www.facebook.com/profile.php?id=1000860402... https://www.instagram.com/persatuan_zapin_muar/ https://drive.google.com/file/d/18JiLrJF6FmJSjnWDZ... https://persatuanzapinmuar.wixsite.com/persatuan-z... https://persatuanzapinmuar.wixsite.com/persatuan-z... https://www.youtube.com/watch?v=NWsuGLNPEUc https://www.youtube.com/shorts/iWjNfur5lwU https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/juraisembah...